Dia cinta pertama. Buku nilah cinta pertama wawa. Tiap-tiap malam wawa peluk dia masa tido. Dia kaunselor peribadi wawa. Tapi wawa dah lupa dia sejak wawa bertemu orang lain. Dan wawa kembali balik kat dia(buku ni) bila orang lain tu dah tinggalkan wawa. Baru wawa sedar yang Allah sayang sangat kat wawa dan tak benarkan mana-mana lelaki sentuh wawa. Atas sikap wawa yang degil ni dah terima akibatnya baru wawa nyesal.
*Perempuan tak sepatutnya sedih,
Bila lelaki tu tinggalkan dia,
Sebab sebelum lelaki tu tinggalkan dia kerana kejar perempuan lain,
Lelaki tu dah pun tinggalkan tuhan dia,
Sebab ucapan-ucapan sayang dia pada kita,
Jelas menunjukkan dia akan meninggalkan kita juga,
Sebab tu Allah tunjuk pada kita sakit kehilangan seseorang,
Sebab Allah sayang pada kita.
Sekarang wawa sedar, cinta wawa hanya pada Allah, Pencipta wawa dan juga sekalian umat manusia. Cinta Allah kekal abadi, cinta Allah luas. Wawa terima semua yang berlaku sebagai satu ujian. Wawa sedar suatu hari nanti akan nada perhitungan di Padang mashar, atas segala perbuatan kita didunia. Kisah kita hanya kita dan Allah sahaja yang tahu.
terlalu mengejar cinta sesama manusia
sehingga terlupa
cinta Allah
diantara manusia
No comments:
Post a Comment